Thursday, 10 October 2013

Undi

    
   Saya sokong Yang Berhormat Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin sebagai Calon Ketua Puteri UMNO Malaysia. Undilah Yang Berhormat Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin.

Sunday, 29 September 2013

Sejarah Sungai Rembau-Linggi

  


    Sungai Linggi merupakan antara sungai utama yang berada dalam Negeri Sembilan. Sungai itu yang berpunca dari kawasan pergunungan di Banjaran Titiwangsa mengalir melalui kawasan lembangan sekitar Daerah Seremban dan berakhir di Kuala Linggi, Melaka. Menurut sumber lisan, pada waktu dahulu Sungai Linggi boleh dimudik sejauh ke pantai. Kapal-kapal kecil boleh belayar jauh ke pedalaman lembah Sungai Linggi. Sungai Linggi menjadi sempadan bagi Negeri Sembilan dan Melaka yang bermula di pertemuan Sungai Rembau dan Sungai Linggi. Pada abad ke-16 Masihi, Sungai Linggi menjadi laluan perdagangan utama antara Melaka dan Sungai Ujong. 
  
   Pada abad ke-18 Masihi, Sungai Linggi telah berubah menjadi laluan perdagangan bijih timah. Kawasan-kawasan seperti Seremban, Rasah, Rahang, Mambau, Rantau dan Pengkalan Kempas menjadi kawasan rangkaian perdagangan bijih timah yang penting ketika itu. Sungai Linggi juga menjadi kawasan dan sempadan pengaruh politik antara Datuk Syahbandar Sungai Ujong dan Datuk Kelana Sungai Ujong. Datuk Syahbandar Sungai Ujong mengawal dan berpengaruh di Linggi, Pengkalan Kempas, Rantau, Mambau, Rahang, Bukit Kepayang dan Labu. Manakala Datuk Kelana Sungai Ujong berpengaruh di Lenggeng, Mantin, Ampangan, Paroi dan Sungai Gadut.

   Panjang Sungai Linggi dianggarkan  83.5 kilometer bermula dari kawasan berbukit di Kampung Jerlang hingga ke Kuala Linggi
di Melaka. Sungai Linggi turut menjadi sumber air bersih bagi Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat beberapa sungai 
utama yang menyumbang aliran air ke Sungai Linggi iaitu Sungai 
Jerlang, Sungai Paroi, Sungai Temiang Diversion, Sungai Temiang, Sungai Kepayang, Sungai Mantau, Sungai Kayu Ara, Sungai Belangkan, Sungai Simen dan Sungai Rembau. Sungai yang  mengalir dari kuala hingga ke pertemuan dengan kuala Sungai Temiang Diversion dikenali sebagai Sungai Linggi, manakala sungai yang mengalir bermula dari titik pertemuan dengan kuala Sungai Temiang Diversion hingga ke pedalaman punca sungai di Kampung Jerlang dikenali Sungai Batang Penar. Sungai Linggi juga merupakan sempadan semulajadi antara Negeri Sembilan dan Melaka.





Sunday, 22 September 2013

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pengurusan Taman Lokan

  Untuk pengetahuan para pelancong yang ingin menyertai lawatan menyusur sungai dan memancing udang galah / ikan sungai.
1. Sewaan bot mengikut keperluan masing-masing. Harga boleh dirunding. Sila hubungi nombor telefon 017-6735229 (Pak Zainal).


2. Program yang kami sediakan:-
a. Melihat keindahan flora dan fauna di Kota Simpang.
b. Menyediakan pakej masakan berasaskan hasil tangkapan nelayan sungai seperti udang galah, udang putih, lokan, siput sedut, barai, ikan-ikan dan lain-lain. Harga mengikut kuantiti.

                           Lokan

                                          Udang Galah

                                         Siput Sedut

                            Ketam Nipah

c. Kami menyediakan pakej kumpulan.
d. Sekiranya ingin menikmati masakan daripada hasil sungai boleh juga membuat tempahan. Harga boleh dipertimbang.

Pelbagai jenis masakan berasaskan hasil sungai

e. Kami juga menyediakan kemudahan inap desa di Kampung Paya Lebar. Untuk makluman, penginapan yang kami sediakan boleh menampung 10 hingga 15 orang pelancong.

Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran para pengunjung yang berminat untuk menyertai program yang kami sediakan.     

Sepanjang Bulan Julai Ke September 2013

   Kami ditugaskan membantu Pak Zainal mempromosikan kegiatan yang sedang berjalan sepanjang Julai ke September 2013. Antaranya, lawatan rombongan pemantauan produk pelancongan yang terdapat di sekitar sungai Rembau-Linggi serta melawat Kota Simpang yang akan diperkenalkan kepada umum. 

Peserta rombongan yang terbabit terdiri dari:-
  1. Yang Berhormat Datuk Haji Ghazale Bin Mohamad [Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka].
  2. Yang Berhormat Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin [Ahli Parlimen Masjid Tanah].
  3. Yang Berhormat Haji Amirudin Bin Yusof [Adun Ayer Limau].
  4. Yang Bahagia Datuk Roslan Bin Ibrahim [Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)].
  5. Yang Bahagia Encik Abu Bakar Bin Abdul [Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah].
  6.  Yang Bahagia Datuk Haji Khamis Bin Abas [Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka].
  7. Yang Bahagia Datuk Lim Chow Beng [Pengarah Jabatan Pelancongan Malaysia Melaka].
  8. Yang Bahagia Encik Jeffri Bin Munir [Pengarah Jabatan Penggalakkan Pelancongan Melaka].
  9. Yang Bahagia Encik Gapar Bin Asan [Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka].
  10. Yang Bahagia Encik Mohammad Khairi Bin Ahmad [Pengarah Jabatan Perhilitan Melaka].
  11. Yang Bahagia Encik Yaaman Yusoff [Pengerusi JKKK Paya Lebar].
  12. Yang Bahagia Encik Zainal Bin Haji Md. Ali [Pengusaha Program Pelancongan Eco Paya Lebar].
  13. Wakil-wakil Media:-
a. Melaka Hari Ini.
b. RTM.
c. Bernama.
d. Utusan Malaysia.
e. Sinar Harian.
f. Harian Metro.
g. Berita Harian.
h. New Straits Times.
i. The Star.
j. Sin Chew Jit Poh.
k. Nanyang Siang Pao.
l. The China Press.
m. Guang Min Daily.
n. Oriental Daily.
o. Malaysia Nanban.

   Program lawatan ke Kota Simpang dan melihat keindahan persekitaran sungai serta mencari sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sungai untuk dijadikan eko-pelancongan. Rata-rata yang hadir mengikut rombongan pada hari tersebut berpuas hati termasuk Timbalan Exco Pelancongan, Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Yang Berhormat Adun Ayer Limau dan juga para wartawan.

  Kesimpulan daripada lawatan berkenaan, kesemua peserta berpuas hati. Sememangnya kawasan di persekitaran sungai Rembau-Linggi serta Kota Simpang, juga flora dan fauna amat menarik apabila dilihat di depan mata. Rata-rata peserta berpendapat program pelancongan dan juga Kota Simpang perlu dimaju disegerakan.

Monday, 3 June 2013

Majlis Jamuan Makan Malam Dan Ramah Mesra Bersama Yang Berhormat Ahli Parlimen Masjid Tanah, Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin Di Balai Raya Kampung Ramuan China Besar Pada 2 Jun 2013


   Para hadirin sedang khusyuk mendengar ucapan oleh Yang Berhormat Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin. Kehadiran penduduk amat memberansangkan.


  Yang Berhormat Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin sedang memberi ucapan.

Sunday, 2 June 2013

Majlis Mufti Bersama Ummah Pada 31 Mei 2013


   Di samping itu saya berpeluang mendengar penerangan tentang peranan Jabatan Mufti Negeri Melaka yang disampaikan oleh Mufti Negeri Melaka sendiri iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Rashid Redza bin Haji Md. Saleh.

   Ini adalah gambar noja Encik Ramli Abu Bakar. Pak Zainal Md. Ali dan anak buahnya untuk gambar kenangan. 

   Saya bersyukur kerana telah dapat menjejakkan kaki dan menunaikan solat di Masjid At-Taqwa yang baharu dibina di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka. Masjid ini sungguh unik dan menarik rekabentuknya.

Thursday, 23 May 2013


 Ini gambar kenangan bersama dengan pelatih-pelatih di bangunan Pemulihan Dalam Komuniti di Kompleks Jabatan Kebajikan Masyarakat Alor Gajah, Melaka.




 Gambar ini diambil semasa ceramah di Kampung Ramuan China Besar oleh calon Dun Ayer Limau, YB Amirudin bin Yusof serta Ustaz Hanafiah.

 BAJA KALSIUM DARI KULIT LOKAN


                                  

  Kulit lokan yang telah dibakar dan dihancurkan untuk dijadikan baja dengan mencampurkan tanah bakar serta bahan-bahan lain .

 Kulit lokan yang baharu dibakar akan diproses untuk menghaluskan lagi sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain.

Baja yang sudah diproses akan dibungkus mengikut saiz yang tertentu. Dengan pengeluaran baja ini, mudah-mudahan akan dapat membantu dari segi hasil tanaman termasuk bunga dan sayur-sayuran serta lain-lain tanaman.

Wednesday, 8 May 2013

Kerusi Urutan Badan atau Reflexology Chair

 
   Kerusi ini adalah ciptaan Pak Zainal, seorang nelayan dengan menggunakan kulit lokan sebagai bahan ciptaannya. Ia amat sesuai bagi mengatasi masalah sakit-sakit badan. Keistimewaan kerusi ini adalah bergantung kepada pengguna untuk tahap keselesaan yang diperlukan. Dengan duduk di kerusi ini akan dapat merasai keistimewaannya. Jika ada yang ingin membuat pesanan kami sedia memberi khidmat ataupun membantu dari segi alat-alat yang diperlukan.

Monday, 29 April 2013

Legenda Kota Simpang

  Kota Simpang ini adalah kesan peninggalan sejarah zaman pemerintahan Belanda di Melaka pada abad ke-18 Masihi. Kesan tapak sejarah masih terdapat di tebing sungai Rembau-Linggi. Mengikut cerita sejarah, bangunan ini digunakan oleh pihak imigresen Belanda untuk mengutip cukai pedagang keluar masuk di sungai Rembau- inggi. Pada zaman dahulu, sungai ini digunakan oleh kapal dagang berpangkalan di Pengkalan Kempas dan Lubok China. Di samping itu, pihak Belanda telah membina beberapa kubu sebagai pertahanan. Kubu itu masih ada kesannya sampai sekarang.

  Pada bulan Januari 2013, Pak Zainal berjumpa dengan pengarah Muzium Negeri Melaka iaitu Dato' Khamis. Dengan berbekalkan gambar yang diambil di tapak Kota Simpang, Pak Zainal berbincang dengan Dato' untuk menghidupkan kembali kesan sejarah yang sedia ada. Alhamdulillah, tidak sampai satu minggu Dato' telah mengaturkan agensi-agensi yang terbabit. Pegawai dari Perbadanan Muzium Melaka, pegawai dari Jabatan Warisan Melaka, Pegawai Daerah Alor Gajah serta Pegawai Pejabat Tanah Alor Gajah; juga diwakili oleh pegawai dari Jabatan Pelancongan Melaka. Apabila pengesahan telah dibuat, Jabatan Warisan Pusat telah membuat kajian di tapak berkenaan dengan menggunakan alat pengesan untuk mencari bahan-bahan ataupun kesan-kesan yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

  Buat masa ini, kerja mencari dan membuat pembersihan kawasan sedang berjalan dengan lancar. Insya Allah, dengan terlaksananya program ini akan menjadi satu lagi destinasi pelancongan kawasan sungai Rembau-Linggi yang mana negeri Melaka dan Negeri Sembilan serta Malaysia mendapat manfaatnya. Sama-samalah kita memberi sokongan dan mengenali sejarah zaman silam. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.  

  Pada 5 Jun 2013, Pak Zainal bersama-sama dengan kumpulan terdiri daripada beberapa peserta termasuk ahli Parlimen Masjid Tanah iaitu Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin serta wartawan Berita Harian, Harian Metro, TV Melaka dan Melaka Hari Ini ; juga diwakili oleh pegawai dari Jabatan Warisan Pusat dan beberapa orang nelayan.

Saturday, 27 April 2013




Para pelancong menaiki bot ke Taman Lokan atau Kota Simpang.

Suasana di Pengkalan Nelayan di Tebing Urut.

Friday, 19 April 2013

   Di sinilah bermulanya usaha Pak Zainal untuk memperkenalkan lokan sebagai hasil untuk dijadikan sebagai makanan utama. Gambar ini diambil semasa Yang Berhormat Long Said di Dun Ramuan China. Sekarang ini dikenali sebagai Dun Ayer Limau.


   Ini salah satu daripada peserta kembara ke Taman Lokan dan Sungai Rembau-Linggi dengan menaiki bot.


   Para pelancong luar negara datang ke Taman Lokan sedang mendengar taklimat daripada Pak Zainal tentang keistimewaan lokan yang diusahakan.

Tuesday, 16 April 2013

Bendera Malaysia







     Ini salah satu Bendera Malaysia yang diperbuat daripada kulit lokan dan dikelilingi oleh kulit tiram. Bendera ini dicipta oleh Pak Zainal, seorang nelayan Ramuan China Besar. Uniknya bendera ini setiap bulan kemerdekaan dapat liputan di dalam akhbar. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bendera yang menjadi kebanggaan sekolah ini. 
       Peserta-peserta bersiap sedia untuk bergerak ke lokasi dengan menaiki bot dari pengkalan nelayan Kampung Paya Lebar.


      Pak Zainal menunjukkan kesan tiang bangunan yang telah diliputi oleh akar kayu.

Kota Simpang.

         Kumpulan ini terdiri daripada penggerak sehingga tercetusnya idea untuk memajukan pelaksanaan Kota Simpang. Dengan kesungguhan peserta ini maka terlaksanalah program untuk membawa sejarah peninggalan Belanda yang telah lama dilupakan. Mudah-mudahan akan tampil orang-orang yang mengetahui tentang sejarah kewujudan Kota Simpang ini.


Saturday, 13 April 2013

Latar Belakang.

Nama: Harunsultoni Bin Saipul Jannah.
Tarikh Lahir: 24 Mei 1980.
Kelulusan akademik: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian (Universiti Utara Malaysia).
Alamat: Batu 22 1/2, Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah 78300 Melaka, Malaysia.
Status: Orang Kurang Upaya berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Memiliki kemahiran dalam bidang komputer.

 Saya mempunyai sebuah kedai makanan ringan dengan usaha sendiri untuk menampung perbelanjaan harian.

Gambar ini diambil bersama poster bakal calon Parlimen Masjid Tanah iaitu Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin. 




 Sekarang saya berkerja di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Masjid Tanah.

   Semua program yang dimuatkan dalam blog ini berasaskan agro pelancongan dan sejarah Kota Simpang di Sungai Rembau-Linggi dan Taman Lokan di dalam Dun Ayer Limau di Parlimen Masjid Tanah, Melaka; serta kepelbagaian flora dan fauna. Zainal Lokan Enterprise telah mengeluarkan pelbagai produk berasaskan hidupan sungai. Selain itu, Zainal Lokan Enterprise akan menyediakan pakej- pakej tertentu untuk kemudahan para pelancong. Pakej-pakej ini akan dijelaskan di halaman seterusnya. Sebarang persoalan sila hubungi Zainal Md Ali(017-6735229) dan Harunsultoni Saipul Jannah(014-2382598). Blog ini berdasarkan kegiatan harian Zainal Lokan Enterprise. Semoga pengunjung-pengunjung blog ini berpuas hati.

Terima kasih daun semalu
Kalau boleh tengok selalu

Friday, 12 April 2013

Segala maklum balas terhadap Harunsultoni Blogger boleh dihantar melalui emel-emel berikut:-
  1. harunsultoni@gmail.com
  2. hasusaja_ad@yahoo.com
  3. harunsultoni80@hotmail.com

Thursday, 11 April 2013

Rahsia Kota Simpang

   Satu kumpulan sedang mencari lokasi Kota Simpang. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dari Pejabat Daerah Alor Gajah, pegawai dari Jabatan Muzium Negeri Melaka, pegawai dari Jabatan Warisan, pegawai dari Jabatan Pelancongan, Penghulu Dun Ayer Limau, Encik Yaaman Bin Yusop Pengerusi JKK Kampung Paya Lebar, Encik Zainal Md Ali dan Encik Mohamad Bin Jantan.



   Tiang dan tembok adalah sebahagian daripada tapak Kota Belanda yang telah ditemui di Kota Simpang. Ia merupakan kesan tinggalan sejarah d Kota Simpang.