Monday, 29 April 2013

Legenda Kota Simpang

  Kota Simpang ini adalah kesan peninggalan sejarah zaman pemerintahan Belanda di Melaka pada abad ke-18 Masihi. Kesan tapak sejarah masih terdapat di tebing sungai Rembau-Linggi. Mengikut cerita sejarah, bangunan ini digunakan oleh pihak imigresen Belanda untuk mengutip cukai pedagang keluar masuk di sungai Rembau- inggi. Pada zaman dahulu, sungai ini digunakan oleh kapal dagang berpangkalan di Pengkalan Kempas dan Lubok China. Di samping itu, pihak Belanda telah membina beberapa kubu sebagai pertahanan. Kubu itu masih ada kesannya sampai sekarang.

  Pada bulan Januari 2013, Pak Zainal berjumpa dengan pengarah Muzium Negeri Melaka iaitu Dato' Khamis. Dengan berbekalkan gambar yang diambil di tapak Kota Simpang, Pak Zainal berbincang dengan Dato' untuk menghidupkan kembali kesan sejarah yang sedia ada. Alhamdulillah, tidak sampai satu minggu Dato' telah mengaturkan agensi-agensi yang terbabit. Pegawai dari Perbadanan Muzium Melaka, pegawai dari Jabatan Warisan Melaka, Pegawai Daerah Alor Gajah serta Pegawai Pejabat Tanah Alor Gajah; juga diwakili oleh pegawai dari Jabatan Pelancongan Melaka. Apabila pengesahan telah dibuat, Jabatan Warisan Pusat telah membuat kajian di tapak berkenaan dengan menggunakan alat pengesan untuk mencari bahan-bahan ataupun kesan-kesan yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

  Buat masa ini, kerja mencari dan membuat pembersihan kawasan sedang berjalan dengan lancar. Insya Allah, dengan terlaksananya program ini akan menjadi satu lagi destinasi pelancongan kawasan sungai Rembau-Linggi yang mana negeri Melaka dan Negeri Sembilan serta Malaysia mendapat manfaatnya. Sama-samalah kita memberi sokongan dan mengenali sejarah zaman silam. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.  

  Pada 5 Jun 2013, Pak Zainal bersama-sama dengan kumpulan terdiri daripada beberapa peserta termasuk ahli Parlimen Masjid Tanah iaitu Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin serta wartawan Berita Harian, Harian Metro, TV Melaka dan Melaka Hari Ini ; juga diwakili oleh pegawai dari Jabatan Warisan Pusat dan beberapa orang nelayan.

No comments:

Post a Comment