Sunday, 12 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

   Selamat datang tahun 2014. Bagi diri Pak Zainal, tahun ini merupakan tahun cabaran dan akan mencipta sejarah kejayaan yang selama ini telah diceburi. Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah ditempuhi. Alhamdulillah, berkat daripada ketekunan dan kesabaran; akhirnya Pak Zainal dapat menikmati kejayaan dan ketekunan dari segi usaha yang beliau jalankan. Antara pencapaian yang boleh dibanggakan ialah:-
  1. Taman Lokan yang diusahakan untuk dijadikan destinasi pelancongan telah mendapat pengiktirafan sempena Tahun Melawat Malaysia.
  2. Kota Simpang yang Pak Zainal usahakan dan juga memperkenalkan secara umum telah dimajukan. Insha Allah, Kota Simpang akan dimajukan oleh Jabatan Muzium Dan Warisan Negeri Melaka dan Persekutuan.
  3. Pak Zainal berbangga kerana mampu mencipta baja kalsium berasaskan isi dan kulit lokan. Ini bermakna ternakan lokan yang telah Pak Zainal usahakan boleh dijadikan produk pelancongan, makanan dan baja.
  4.  Pak Zainal juga memiliki makmal untuk memproses baja organik di Kampung Ramuan China Besar/Paya Lebar. Sesiapa yang ingin melawat boleh menghubungi 017-6735229 (Pak Zainal) dan 014-2382598 (Harunsultoni). 

   Diharap pengunjung-pengunjung akan mendapat maklumat yang tepat dan yang terkini. Saya Harunsultoni sentiasa mencari dan menerima maklumat yang terbaru daripada Pak Zainal. 







Pak Zainal menunjukkan sijil kursus membuat Baja organic di RTC Kuala Linggi. Tenaga pengajar dari Jabatan Pertanian Negeri Selangor anjuran Felda Berhad.

 

  Inilah hasil kerja-kerja yang Pak Zainal telah cipta sebagai Baja Organik. Pelbagai jenis bahan yang baru yang terdapat di persekitaran kawasan berhampiran.

 
  Pak Zainal menunjukkan cecair Baja Organik iaitu Baja Kalsium dari kulit dan isi lokan.
 Pak Zainal menggunakan buah jambu tetek atau jambu air sebagai bahan Baja dengan mencampurkan gula merah sebagai ramuannya. 




 
     

    Pak Zainal holds an old artifact found in the soil dug in the fort he found in Lokan Park. Perhaps more old treasures in the bunker. 

No comments:

Post a Comment