Sunday, 29 September 2013

Sejarah Sungai Rembau-Linggi

  


    Sungai Linggi merupakan antara sungai utama yang berada dalam Negeri Sembilan. Sungai itu yang berpunca dari kawasan pergunungan di Banjaran Titiwangsa mengalir melalui kawasan lembangan sekitar Daerah Seremban dan berakhir di Kuala Linggi, Melaka. Menurut sumber lisan, pada waktu dahulu Sungai Linggi boleh dimudik sejauh ke pantai. Kapal-kapal kecil boleh belayar jauh ke pedalaman lembah Sungai Linggi. Sungai Linggi menjadi sempadan bagi Negeri Sembilan dan Melaka yang bermula di pertemuan Sungai Rembau dan Sungai Linggi. Pada abad ke-16 Masihi, Sungai Linggi menjadi laluan perdagangan utama antara Melaka dan Sungai Ujong. 
  
   Pada abad ke-18 Masihi, Sungai Linggi telah berubah menjadi laluan perdagangan bijih timah. Kawasan-kawasan seperti Seremban, Rasah, Rahang, Mambau, Rantau dan Pengkalan Kempas menjadi kawasan rangkaian perdagangan bijih timah yang penting ketika itu. Sungai Linggi juga menjadi kawasan dan sempadan pengaruh politik antara Datuk Syahbandar Sungai Ujong dan Datuk Kelana Sungai Ujong. Datuk Syahbandar Sungai Ujong mengawal dan berpengaruh di Linggi, Pengkalan Kempas, Rantau, Mambau, Rahang, Bukit Kepayang dan Labu. Manakala Datuk Kelana Sungai Ujong berpengaruh di Lenggeng, Mantin, Ampangan, Paroi dan Sungai Gadut.

   Panjang Sungai Linggi dianggarkan  83.5 kilometer bermula dari kawasan berbukit di Kampung Jerlang hingga ke Kuala Linggi
di Melaka. Sungai Linggi turut menjadi sumber air bersih bagi Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat beberapa sungai 
utama yang menyumbang aliran air ke Sungai Linggi iaitu Sungai 
Jerlang, Sungai Paroi, Sungai Temiang Diversion, Sungai Temiang, Sungai Kepayang, Sungai Mantau, Sungai Kayu Ara, Sungai Belangkan, Sungai Simen dan Sungai Rembau. Sungai yang  mengalir dari kuala hingga ke pertemuan dengan kuala Sungai Temiang Diversion dikenali sebagai Sungai Linggi, manakala sungai yang mengalir bermula dari titik pertemuan dengan kuala Sungai Temiang Diversion hingga ke pedalaman punca sungai di Kampung Jerlang dikenali Sungai Batang Penar. Sungai Linggi juga merupakan sempadan semulajadi antara Negeri Sembilan dan Melaka.





Sunday, 22 September 2013

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pengurusan Taman Lokan

  Untuk pengetahuan para pelancong yang ingin menyertai lawatan menyusur sungai dan memancing udang galah / ikan sungai.
1. Sewaan bot mengikut keperluan masing-masing. Harga boleh dirunding. Sila hubungi nombor telefon 017-6735229 (Pak Zainal).


2. Program yang kami sediakan:-
a. Melihat keindahan flora dan fauna di Kota Simpang.
b. Menyediakan pakej masakan berasaskan hasil tangkapan nelayan sungai seperti udang galah, udang putih, lokan, siput sedut, barai, ikan-ikan dan lain-lain. Harga mengikut kuantiti.

                           Lokan

                                          Udang Galah

                                         Siput Sedut

                            Ketam Nipah

c. Kami menyediakan pakej kumpulan.
d. Sekiranya ingin menikmati masakan daripada hasil sungai boleh juga membuat tempahan. Harga boleh dipertimbang.

Pelbagai jenis masakan berasaskan hasil sungai

e. Kami juga menyediakan kemudahan inap desa di Kampung Paya Lebar. Untuk makluman, penginapan yang kami sediakan boleh menampung 10 hingga 15 orang pelancong.

Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran para pengunjung yang berminat untuk menyertai program yang kami sediakan.     

Sepanjang Bulan Julai Ke September 2013

   Kami ditugaskan membantu Pak Zainal mempromosikan kegiatan yang sedang berjalan sepanjang Julai ke September 2013. Antaranya, lawatan rombongan pemantauan produk pelancongan yang terdapat di sekitar sungai Rembau-Linggi serta melawat Kota Simpang yang akan diperkenalkan kepada umum. 

Peserta rombongan yang terbabit terdiri dari:-
  1. Yang Berhormat Datuk Haji Ghazale Bin Mohamad [Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka].
  2. Yang Berhormat Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin [Ahli Parlimen Masjid Tanah].
  3. Yang Berhormat Haji Amirudin Bin Yusof [Adun Ayer Limau].
  4. Yang Bahagia Datuk Roslan Bin Ibrahim [Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)].
  5. Yang Bahagia Encik Abu Bakar Bin Abdul [Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah].
  6.  Yang Bahagia Datuk Haji Khamis Bin Abas [Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka].
  7. Yang Bahagia Datuk Lim Chow Beng [Pengarah Jabatan Pelancongan Malaysia Melaka].
  8. Yang Bahagia Encik Jeffri Bin Munir [Pengarah Jabatan Penggalakkan Pelancongan Melaka].
  9. Yang Bahagia Encik Gapar Bin Asan [Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka].
  10. Yang Bahagia Encik Mohammad Khairi Bin Ahmad [Pengarah Jabatan Perhilitan Melaka].
  11. Yang Bahagia Encik Yaaman Yusoff [Pengerusi JKKK Paya Lebar].
  12. Yang Bahagia Encik Zainal Bin Haji Md. Ali [Pengusaha Program Pelancongan Eco Paya Lebar].
  13. Wakil-wakil Media:-
a. Melaka Hari Ini.
b. RTM.
c. Bernama.
d. Utusan Malaysia.
e. Sinar Harian.
f. Harian Metro.
g. Berita Harian.
h. New Straits Times.
i. The Star.
j. Sin Chew Jit Poh.
k. Nanyang Siang Pao.
l. The China Press.
m. Guang Min Daily.
n. Oriental Daily.
o. Malaysia Nanban.

   Program lawatan ke Kota Simpang dan melihat keindahan persekitaran sungai serta mencari sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sungai untuk dijadikan eko-pelancongan. Rata-rata yang hadir mengikut rombongan pada hari tersebut berpuas hati termasuk Timbalan Exco Pelancongan, Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Yang Berhormat Adun Ayer Limau dan juga para wartawan.

  Kesimpulan daripada lawatan berkenaan, kesemua peserta berpuas hati. Sememangnya kawasan di persekitaran sungai Rembau-Linggi serta Kota Simpang, juga flora dan fauna amat menarik apabila dilihat di depan mata. Rata-rata peserta berpendapat program pelancongan dan juga Kota Simpang perlu dimaju disegerakan.