Kota Simpang ini adalah kesan peninggalan sejarah zaman pemerintahan Belanda di Melaka pada abad ke-18 Masihi. Kesan tapak sejarah masih terdapat di tebing sungai Rembau-Linggi. Mengikut cerita sejarah, bangunan ini digunakan oleh pihak imigresen Belanda untuk mengutip cukai pedagang keluar masuk di sungai Rembau- inggi. Pada zaman dahulu, sungai ini digunakan oleh kapal dagang berpangkalan di Pengkalan Kempas dan Lubok China. Di samping itu, pihak Belanda telah membina beberapa kubu sebagai pertahanan. Kubu itu masih ada kesannya sampai sekarang.
Pada bulan Januari 2013, Pak Zainal berjumpa dengan pengarah Muzium Negeri Melaka iaitu Dato' Khamis. Dengan berbekalkan gambar yang diambil di tapak Kota Simpang, Pak Zainal berbincang dengan Dato' untuk menghidupkan kembali kesan sejarah yang sedia ada. Alhamdulillah, tidak sampai satu minggu Dato' telah mengaturkan agensi-agensi yang terbabit. Pegawai dari Perbadanan Muzium Melaka, pegawai dari Jabatan Warisan Melaka, Pegawai Daerah Alor Gajah serta Pegawai Pejabat Tanah Alor Gajah; juga diwakili oleh pegawai dari Jabatan Pelancongan Melaka. Apabila pengesahan telah dibuat, Jabatan Warisan Pusat telah membuat kajian di tapak berkenaan dengan menggunakan alat pengesan untuk mencari bahan-bahan ataupun kesan-kesan yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti.
Buat masa ini, kerja mencari dan membuat pembersihan kawasan sedang berjalan dengan lancar. Insya Allah, dengan terlaksananya program ini akan menjadi satu lagi destinasi pelancongan kawasan sungai Rembau-Linggi yang mana negeri Melaka dan Negeri Sembilan serta Malaysia mendapat manfaatnya. Sama-samalah kita memberi sokongan dan mengenali sejarah zaman silam. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.
Pada 5 Jun 2013, Pak Zainal bersama-sama dengan kumpulan terdiri daripada beberapa peserta termasuk ahli Parlimen Masjid Tanah iaitu Puan Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin serta wartawan Berita Harian, Harian Metro, TV Melaka dan Melaka Hari Ini ; juga diwakili oleh pegawai dari Jabatan Warisan Pusat dan beberapa orang nelayan.
Monday, 29 April 2013
Saturday, 27 April 2013
Friday, 19 April 2013
Ini salah satu daripada peserta kembara ke Taman Lokan dan Sungai Rembau-Linggi dengan menaiki bot.
Para pelancong luar negara datang ke Taman Lokan sedang mendengar taklimat daripada Pak Zainal tentang keistimewaan lokan yang diusahakan.
Tuesday, 16 April 2013
Bendera Malaysia
Kota Simpang.
Kumpulan ini terdiri daripada penggerak sehingga tercetusnya idea untuk memajukan pelaksanaan Kota Simpang. Dengan kesungguhan peserta ini maka terlaksanalah program untuk membawa sejarah peninggalan Belanda yang telah lama dilupakan. Mudah-mudahan akan tampil orang-orang yang mengetahui tentang sejarah kewujudan Kota Simpang ini.
Saturday, 13 April 2013
Latar Belakang.
Nama: Harunsultoni Bin Saipul Jannah.
Tarikh Lahir: 24 Mei 1980.
Kelulusan akademik: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian (Universiti Utara Malaysia).
Alamat: Batu 22 1/2, Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah 78300 Melaka, Malaysia.
Status: Orang Kurang Upaya berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Memiliki kemahiran dalam bidang komputer.
Saya mempunyai sebuah kedai makanan ringan dengan usaha sendiri untuk menampung perbelanjaan harian.
Gambar ini diambil bersama poster bakal calon Parlimen Masjid Tanah iaitu Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin.
Sekarang saya berkerja di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Masjid Tanah.
Semua program yang dimuatkan dalam blog ini berasaskan agro pelancongan dan sejarah Kota Simpang di Sungai Rembau-Linggi dan Taman Lokan di dalam Dun Ayer Limau di Parlimen Masjid Tanah, Melaka; serta kepelbagaian flora dan fauna. Zainal Lokan Enterprise telah mengeluarkan pelbagai produk berasaskan hidupan sungai. Selain itu, Zainal Lokan Enterprise akan menyediakan pakej- pakej tertentu untuk kemudahan para pelancong. Pakej-pakej ini akan dijelaskan di halaman seterusnya. Sebarang persoalan sila hubungi Zainal Md Ali(017-6735229) dan Harunsultoni Saipul Jannah(014-2382598). Blog ini berdasarkan kegiatan harian Zainal Lokan Enterprise. Semoga pengunjung-pengunjung blog ini berpuas hati.
Terima kasih daun semalu
Kalau boleh tengok selalu

Friday, 12 April 2013
Thursday, 11 April 2013
Rahsia Kota Simpang
Satu kumpulan sedang mencari lokasi Kota Simpang. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dari Pejabat Daerah Alor Gajah, pegawai dari Jabatan Muzium Negeri Melaka, pegawai dari Jabatan Warisan, pegawai dari Jabatan Pelancongan, Penghulu Dun Ayer Limau, Encik Yaaman Bin Yusop Pengerusi JKK Kampung Paya Lebar, Encik Zainal Md Ali dan Encik Mohamad Bin Jantan.
Tiang dan tembok adalah sebahagian daripada tapak Kota Belanda yang telah ditemui di Kota Simpang. Ia merupakan kesan tinggalan sejarah d Kota Simpang.
Subscribe to:
Posts (Atom)